Khamis, 23 November 2017

-MEMORI YANG TAK AKU MILIKI-

11 November 2017 , jam 2.08 petang. Aku meminta izin ibu untuk ke lokasi persembahan silat saudaraku di Pekan dan ibu membenarkan. Dengan riang hati , aku mulai menunggang motosikal tanpa ragu-ragu berlalu keluar dari simpang rumah.

     Minit berlalu , suasana menjadi gelap dan sunyi. Pemikiranku di awang-awangan melayarkan detik cemas yang entah mimpi atau realiti. Bayangan di hadapanku adalah permulaan sebuah kemalangan yang kurang jelas dan berulang-ulang seoalah diputarkan piring hitam. Bayangan itu memperlihatkan aku yang sedang menekan brek kecemasan untuk mengelak sebuah kereta yang keluar secara mengejut di sebuah simpang dan seterusnya penglihatanku menjadi kabur. Ia kembali berulang dan berulang hingga aku mendengarkan suara-suara asing dan suara-suara yang biasa ku dengari. Suara-suara itu mengatakan 'perlu dijahit' , 'banyakkan berzikir' , 'Rah, Rah ... okay tak ?' dan lain-lain. Ia bagaikan sebuah mimpi yang entah kapan berakhir dan aku memikirkan aku sedang bermimpi terlalu lama pada waktu itu.

     Waktu berlalu, mataku terbuka perlahan-lahan berserta linangan air mata yang turun secara tiba-tiba. Saat mataku terbuka sepenuhnya , barulah ku sedar bahawa aku bukanlah sedang bermimpi bahkan ia adalah sebuah realiti yang agak mengejutkan bagi semua termasuk diriku sendiri. Aku merasakan kulit dahiku ditarik-tarik , barulah ku sedar bahawa keningku sedang dijahit akibat kemalangan yang baru berlaku. Otakku masih cuba mencerna keadaan sekelilingku dan ingatan masih berpinar-pinah mengingati susur galur kejadian tetapi hampa. Aku lupa ... ya aku lupa peristiwa kemalangan yang baru sahaja sebentar tadi terjadi. Setelah selesai, aku dibawa ke wad perempuan dan ditahan selama satu hari. Dalam keadaan masih separa sedar, aku dapat melihat keluargaku dan kenalan-kenalan datang melawat sejak aku baru didaftarkan di wad kecemasan.

     Ketika di tahan wad, aku diziarahi sahabat baikku. Dia menceritakan kembali detik-detik kejadian kemalangan itu kepadaku secara terperinci memandangkan abangnya merupakan  saksi awal kejadian tersebut. Abangnya juga yang membantu menghantarku ke hospital. Kawanku menceritakan bahawa ketika kejadian , aku menekan brek emergensi untuk mengelak sebuah kereta yang keluar simpang secara mengejut. Kesan daripada itu , aku terpelanting dari atas moto dan tertiarap di atas tar dalam keadaan tanganku menghalang bahagian dada dan jantung dari terhempas terus ke tanah. Alhamdulillah Allah menyelamatkan aku daripada mendapat kecederaan yang melibatkan hati dan jantung. Disusuli pula motosikalku juga yang  turut berputar dua tiga kali di udara dan hampir menimpaku yang sudah tertiarap di atas tar. Namun alhamdulillah, kuasa Allah melindungiku daripada ditimpa motosikal itu. Semua yang berada di tempat kejadian terkaku kerana memikirkan bahawa aku sudah tidak bernafas lagi. Takdir telah menentukan bahawa belum ajalku lalu keterlihatan tanganku bergerak sedikit dan abang sahabatku terus datang membantuku untuk dihantar ke hospital.

     Kemalangan itu menjadikan para saksi kejadian berasa ngeri seketika hingga ada yang hampir rebah. Keajaibannya , kesan kemalangan ngeri itu ialah aku hanya bengkak di bahagian sebelah kanan muka dan sedikit luka di bahagian tangan berserta jahitan berhampiran kening. Kejadian ini menjadikan aku berasa gerun dan kerdil kerana Allah yang Maha Esa menyelamatkan aku yang penuh dosa daripada kejadian dahsyat ini. Aku masih dapat bernafas hingga hari ini kerana Tuhanku dan Tuhanmu amat pengasih. Tanpa Allah , siapalah diriku ini. Aku berharap aku dapat menjadi seorang Islam yang benar-benar Islam. Disebalik kejadian ini , aku dapat lihat siapa yang benar-benar mengingatiku dan aku berpeluang melihat kerisauan seseorang yang pernah aku lukai sebelum ni walalupun secara sepintas lalu. Seseorang yang masih aku kasihi hingga detik ini.

Kejadian ini merupakan memori yang tak aku miliki namun aku bersyukur kerana berpeluang merasai ujian atau musibah ini.


Isnin, 13 November 2017

-MENTARI PETANG TAK PERNAH SIRNA-


Ku dongak ke langit cerah ...
Melihat awan yang terserlah ...
Sambil otak giat dikerah ...
Memikirkan pemilik nama nian indah ...

Ku paksa diri menipu rasa ...
Menanam rasa di lubuk jiwa ...
Langit subuh mencongak masa ...
Soalnya ,,,
Benarkah mentari petang tak pernah sirna ..?


Khamis, 12 Oktober 2017

- STORY OF A BUTTERFLY -

There's a butterfly in a village. She live a normal life like others. She fly over around the country and then meet a beautiful tulip on 2nd march. Then she stop near the tulip and waited there for few season.

        One day in hot summer , she left the tulip thinking that the tulip was burden by her clinging on the tulip. She go far away and started new life doing everything she likes , things she cannot do before. Without any hope , she let and set the tulip free forever. . .

            The day past to another , she turn back and the tulip was gone. She wish the tulip for his happiness.

The end.